Avicennia Capital Sdn Bhd, syarikat pegangan insurans dan anak syarikat Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), berharap untuk menarik bakal rakan usaha sama sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangannya ke seluruh Asia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Alexander Ankel berkata, satu daripada matlamat mereka adalah untuk membolehkan penduduk di negara dengan ekonomi yang sedang berkembang memanfaatkan program dan kemudahan penjagaan kesihatan lestari khususnya dalam segment pendapatan sederhana dan sederhana rendah. “Sebagai syarikat yang khusus dalam industry insurans, kami mempunyai pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan bakat untuk membuat penilaian yang tepat sambil menjana nilai lestari untuk pemegang kepentingan bersama dengan pasukan pengurusan anak syarikat pada masa depan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini, pemimpin industri insurans global telah berhimpun di sidang Kemuncak Pengurusan Pelaburan Insurans Asia ke-4 di Hong Kong untuk membincangkan cara-cara meraih pulangan lebih tinggi dan mengimbangi portfolio risiko ketika industri menghadapi perubahan dalam suasana kawal selia dan pertumbuhan ekonomi yang lemah.

Sidang Kemuncak itu turut membincangkan itu turut membincangkan strategi yang boleh mengekang risiko dan memberikan pulangan lebih tinggi, dan membina jaringan dengan pemimpin industri sebagai usaha menjalin hubungan perniagaan yang penting.

Bertemakan “Mempelbagaikan Pertumbuhan dalam Tempoh Ketidaktentuan, Ketidakstabilan dan Penumpuan”, sidang tersebut akan meninjau peluang pelaburan menarik dalam suasana pelaburan yang semakin mencabar, bercirikan hasil bon negatif, perbezaan kadar yang kecil dan ketidakstabilan pasaran kewangan.

Sidang kemuncak yang ditujukan kepada Ketua Pegawai Pelaburan, Ketua Pegawai Kewangan, Pengurus Portfolio dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat insurans, bertujuan untuk berkongsi ilmu dan maklumat terkini tentang pelaburan jangka pendek dan panjang. Avicennia Capital merupakan penaja utama bagi acara terbabit.

“Inilah masa yang amat sesuai untuk syarikat insurans menyesuaikan diri dengan trend pasaran yang sentiasa berubah dan mengambil kesempatan daripada prospek pelaburan baru”. “Ekonomi dunia sedang melalui kitaran berkala tetapi tanda-tanda pemulihan dan penyusunan semula sudah mula dilihat. Kami mempunyai asas yang kukuh, dan komited untuk membina pakatan perniagaan yang saling menguntungkan dalam jangka panjang”, ujar Ankel.